Monday, April 11, 2011

Pendekatan Gabung Jalin Dalam pengajaran dan pembelajaran

Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Ianya berbeza sama sekali dengan konsep kesepaduan dan intergrasi yang masing-masing membawa maksud yang berbeza. Bagi konsep kesepaduan, ianya bermaksud gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal pelajar. Manakala konsep integrasi pula membawa maksud mencantumkan strategi-startegi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Oleh yang demikian,maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat, bercakap, membaca, mengira, menulis dan melukis .

Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pembelajaran

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan tentang nilai murni sebagai : "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”

Penerapan nilai – nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Hasrat dan matlamat kerajaan ini telah dilakarkan melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus terhadap perpaduan dan memperkasakan sekolah. Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati nilai – nilai murni , bermoral serta bersikap positif

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri – ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Penerapan nilai- nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam menentang berlakunya penularan pelbagai penyakit masyarakat yang berpunca dari kepelbagaian gelojak teknologi yang mengheret remaja dan masyarakat terjebak dengan pelbagai masalah masyarakat. Isu ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai – nilai sastera seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya yang membabitkan bilangan pelajar yang ramai. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan melahirkan kesefahaman dalam membentukan sebuah masyarakat yang bermoral berteraskan nilai – nilai murni.

Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira – kira 17 jenis nilai – nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai yang wajar diditeladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan nilai – nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi baik.

Rasional pengenalan nilai – nilai murni dalam pengajaran sastera akibat dasar kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Sikap penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum berlaku akibat tiada kepekaan dalam kalangan penduduk yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Struktur masyarakat yang terpisah akibat polarisasi kaum menyebabkan dasar pendidikan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dilihat sebagai sebuah wadah yang dapat menyatukan pelbagai bangsa yang seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu.

Jawatankuasa Penddikan Aklak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang terdapat di Malaysia. Penerapan nilai tersebut bertujuan membentuk murid yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Penekanan bagi penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM.

Pembentukan nilai – nilai murni melalui teks sastera berdasarkan peranannya sebagai agen masyarakat. Nilai murni dapat diterapkan berdasarkan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen , novel dan drama kesemuanya menjuruskan ke arah membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti. Contoh puisi Melayu seperti pantun banyak memaparkan tentang adat resam seperti penggunaan pantun di bawah.


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja ditepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi.


Penggunaan pantun di atas, jelas memaparkan tentang kehidupan manusia yang berada dalam ruang lingkup kehidupan bermasyarakat. Manusia yang hidup hendaklah sentiasa berbudi perkerti yang baik.

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai menari
Biar buruk kain di pakai
Asal hidup pandai berbudi


Begitu juga dengan penggunaan pantun di atas yang memaparan tentang kebijaksaan masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran masyarakat pada masa tersebut. Idea tersebut terakam melalui pemilihan kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara idak langsung memainkan peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus.

Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan terdedah kepada amalan yang menjuruskan kepada ketegangan dan sensitivi kaum. Kurang kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil peristiwa berdarah 13 mei akan berulangan. Tindakan Majlis peguam yang menganjur pelbagai forum yang menyentuh sensitivi kaum secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api. Peristiwa seperti ini dapat diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai – nilai murni yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu. Teks kesusasteraan Melayu seperti ‘Pemberontakan’ yang pernah menjadi teks kajian pelajar dahulu turut memaparkan tentang permasalahan masyarakat di Malaysia berkaitan dengan pengambilan tanah oleh sesuatu kaum.

Antara nilai – nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu seperti nilai baik hati, kepahlawanan, hormat – menghormati, kerajinan, patriotisme, berdikari dan juga berkaitan dengan hukum – hukum islam.

Nilai baik hati yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak terangkum dalam media seperti drama, novel, puisi dan cerpen. Berdasarkan novel ‘Perlumbaan Kedua’ karangan yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat binatang selepas berlakunya peristiwa di antara Kura – Kura dengan Arnab. Berdasarkan teks ini, pengajaran yang diterapkan ialah , sikap baik hati, melupakan segala persengketaan yang tercetus pada masa dahulu dan melakukan muhasabah diri agar dapat mwujudkan satu masyarakat yang harmoni. Begitu juga di dalam novel ‘Julia’ karangan Abu Morad Hassan. Yang memaparkan tentang seorang kakak yang terpaksa menanggung keluarga dan mengambil alih perniagaan keluarga setelah kematian kedua orang tuanya dalam satu kemalangan. Kesanggupan Julia memikul tanggungjawab dalam usia yang masih mentah menunjukkan sikap yang baik dan matang dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.


Sikap yang rajin berusaha dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain banyak dipaparkan dalam teks sastera spm. Watak seperti Julia ( Julia ) dan Tuan Faridah Syed Abdullah ( Seteguh Karang ) yang memaparkan tentang kecekalan dan kerajinan sorang wanita dalam mengubah nasib dan persepsi masyarakat. Citra wanita yang dilambangkan melalui teks tersebut sebagai seorang yang cekal, gigih, bijak dan rajin berusaha. Awanis atau Anis yang kematian keluarga akibat kemalangan jalanraya menjadi pemurung dan kemudian bertukar menjadi seorang yang cekal dan tabah. Manakala Julia pula merupakan seorang pelajar yang bijak dalam membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan keluarga, pendidikan dan di samping menjadi ayah dan ibu kepada adik- adiknya.

Nilai patriotisme antara nilai yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Nilai patriotisme banyak digambarkan tentang bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara dan pengertian sebenar tentang kemerdekaan. Gambaran ini terpancar lewat novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohamad. Novel ini berjaya memaparkan tentang masyarakat Melayu yang bersifat anti penjajah dan menyedari kelicikan Inggeris menguasai ekonomi orang Melayu.

Persoalan yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel seringkali berkaitan dengan permasalahan masyarakat. Contohnya Novel Julia, memaparkan tentang kecekalan, ketabahan dan sikap bertanggungjawab seorang anak terhadap keluarga yang sanggup menggantikan kedua ibubapa yang meninggal dunia untuk mememelihara adik- adiknya. Kecekalan dan ketabahan Julia wajar di contohi oleh Masyarakat, yang mengutamakan keluarga melebihi dirinya. Watak Julia atau Awanis mempunyai sedikit sebanyak sedikit persamaan dengan Filem Abang 92 arahan Dato’ Rahim Razali yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman dan Hasliza Misbun. Kecekalan dan ketabahan Julia menyebabkannya dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Menurut Asmad, (1990:3) menyatakan satu daripada bidang kehidupan yang utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat ialah kesenian. Kesenian dibahagikan pula kepada beberapa cabang tertentu. Seni atau kesenian pada dasarnya adalah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia iaitu melalui penglihatan, pendengaran dan citarasa. Keindahan yang wujud pada setiap hasil kesenian itulah yang memberikan rasa kepuasan di dalam jiwa manusia. Kehalusan jiwa manusia turut menentukan nilai sesuatu hasil kesenian. Sehubungan dengan itu kehalusan rasa seni di dalam jiwa manusia pula berasaskan ketinggian budinya. 

Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad adalah mempunyai perkaitan kehidupan manusia dan masyarakat. Masyarakat telah menggunakan unsur kesenian untuk membentuk atau menyalurkan nilai – nilai murni. Masyarakat Melayu pada zaman awal banyak menghasilkan puisi – puisi tradisi dalam usaha mendidik masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehinga sekarang ini.

Winckelmann dalam Johari Ab. Hamid (2000) menegaskan, keindahan mesti mengandungi ciri-ciri kesatuan, kesederhanaan dan perasaan. Keindahan ini mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Perasaan yang lahir dari deria dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan. Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai – nilai yang ingin disampaikan dapat diterapkan kepada pelajar. Terdapat sebanyak 17 nilai yang terdapat didalam teks sastera pada peringkat SPM. Antara nilai tersebut seperti kasih sayang, baik hati, tolak ansur , bertanggungjawab, cekal, tabah dan sebagainya. Kesemua ini terpancar melalui pelukisan watak oleh pengarang.

Penggunaan dialog yang sesuai dengan pemilihan dan penyusunan kata yang menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. Penggunaan dialog yang bersahaja dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana tersebut. Pembaca berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya. Kebijaksanaan pengarang dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang diucapkan tersebut lebih bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai – nilai murni dan nilai estetika.

Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan oleh pengarang di dalam sesebuah teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti pengulangan kata, perlambangan, paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah melahirkan unsur puitis dalam pelukisan watak secara tidak langsung nilai – nilai murni yang cuba diterapkan oleh pengarang dapat dilakukan dengan secara tidak langsung. Konsep masyarakat melayu yang berpegang kepada adat seperti melentur buluh biar dari rebungnya atau ular menyusur akar tidak akan bisanya.

Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keeupayaan sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Hubungan unsur atau sistem kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. Warisan budaya akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih dapat dipertahankan. Andainya unsur atau sistem budaya ini telah dipengaruhi, maka budaya warisan ini akan berubah atau mungkin lenyap ditinggal zaman. Masyarakat Melayu tradisional biasanya menyampaikan ilmu melalui adat resam mereka juga dalam perkataan seperti peribahasa, pantun, teka teki dan lain-lain. Ismail Hamid (1991:140) menyatakan jika diselidiki dalam puisi Melayu lama atau adat istiadat Melayu lama, kita akan temui unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk membentuk dan memberi pendidikan secara informal khususnya kepada orang-orang muda yang tidak berpengalaman

Kesimpulan.
Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap akan dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan pihak yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang enteng. Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat mewujudkan satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pembudayaan nilai tersebut. 

Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
hendak dicapai
3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
yang diajar
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
bekenaan
7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
ada.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
pencapaian pelajar
Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
Planning
Implementation
Evaluation
Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
“…effective teacher is one who is able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals”. 
Parrott (1986:5)
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul.
Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Integrasi Dalam Aspek Pembelajaran

1.0 Pendahuluan
ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Apabila merujuk kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu penulis tegaskan bahawa ICT yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan Islam.
Perbincangan ini dibahagikan ke dalam beberapa tajuk kecil iaitu; Pendahuluan, ICT menurut pandangan Islam, Perkembangan dan Kepentingan ICT dalam Sistem Pendidikan Malaysia, Isu-isu semasa penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam. Tinjauan Kajian-Kajian Luar Negara tentang ICT Dalam P&P. Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan, Pembelajaran Berbasis ICT Dengan Multimedia, Strategi Pengintegrasian ICT Dalam P&PRumusan dan Cadangan.
2.0 Penggunaan ICT Menurut Pandangan Islam
Umat Islam telahpun menunjukan model terbaik dalam usaha penyebaran maklumat lebih awal daripada penganut-penganut agama lain, iaitu dengan memulakan industri kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang pertama sekali menggunakan percetakan kertas dalam tahun 1276M. Malah sejak 1040M, kerajaan Islam telahpun menggunakan kertas dalam urusan rasmi kerajaan. Malangnya, apabila munculnya isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-17M, umat Islam mengambil sikap yang agak simplistik dan berpuas hati dengan apa yang ada. Akibatnya industri percetakan dikuasai masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti Fatimah, 1999). Sejarah Ini telah membuktikan bahawa teknologi telah lama wujud dalam kehidupan manusia.
Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban.
Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub bidang. Tidak terkecuali Ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
Tegasnya kegunaan ICT masih tertakhluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfatan semua itu salah alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P, Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa batasan, tentu suatu kesalahan yang besar jika kita menyalahkan medianya. Oleh itu kita mesti mengislamisasikan media itu melalui orangnya.
3.0 Perkembangan Dan Kepentingan ICT Dalam Sistem Pendidikan Malaysia
Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.
Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).
Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000)
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Keduamengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketigapenggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya:
  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi murid
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
10. Meningkatkan kemahiran ICT
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran pendidikan Islam. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.
Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat pendidikan kebangsaan yang menjurus ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang dari sudut emosi, jasmani, rohani dan intelek. Oleh sebab itu, guru-guru pendidikan Islam memikul tanggung jawab yang besar untuk melahirkan individu yang mampu menjana diri mereka menjadi insan yang berakhlak al-Qur’an dan dalam masa yang sama mempunyai daya saing dan kemahiran yang tinggi dalam aplikasi teknologi selaras dengan tuntutan semasa negara yang menuju kepada negara maju
Manakala Menurut Tajul Arifin (1993), penggunaan ICT akan mempengaruhi perkembangan pendidikan Islam dalam lima tahap iaitu:
Meluaskan skop paradigma ilmu Islam
Membina Tamadun Islam yang berjaya berasaskan konsep ketauhidan
Merangka paradigma dan kurikulum yang sama semua negara Islam
Menjadikan Pendidikan Islam sebagai teras ilmu
Kesepaduan antara Pendidikan Islam dana Pendidikan Moden
Rajah 3.1 lima tahap pengaruh ICT dalam pendidikan Islam
Rumusannya Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu.
4.0 Isu-isu Semasa Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam.
Menurut kajian Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama yang dikenal pasti dalam proses Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik.
Kajian Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang pelajar, didapati lapan orang pelajar menyatakan bahwa mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yang diberikan. kajian yang dilakukan oleh Azizan (2001) tentang penggunaan komputer dan internet dalam kalangan guru pendidikan Islam, didapati bahawa tahap penggunaan perisian pendidikan dan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Masalah kekurangan kemudahan komputer masih berlaku pada kajian ini
Kajian yang dilakukan dalam pengajaran pendididkan Syariah Islamiyah oleh Hatifah (2000) menyatakan 44% (22) daripada guru tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pentabir, 56% (28) tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada kakikatangan sumber dalam rangka perancangan pengajaran, selain itu 80% guru menyatakan tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pegawai pendidikan daerah. Dalam pembinaan alat bantu pengajaran (ABP) pula, 76% guru tidak pernah menyediakan ABP sendiri, manakala 54% guru menyatakan pihak sekolah turut menyediakan ABP pendidikan Islam untuk mereka.
Hatifah juga mendapati bahawa guru sangat kurang menggunakan alat pandang dengar seperti komputer (72%) dan televesien (54%) alat video (52%) radio (50%) dan menggunakan kaset (46%). Sebaliknya mereka kerap menggunakan buku teks (82%) dan mereka sangat kerap menggunakan papan hitam. Secara umum penggunaan alat audio dan pandang dengar adalah sangat rendah.
Hasil kajian Hj Said Draman (2001) pula meninjau persepsi guru pendidikan Islam terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru pendidikan Islam dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer. Responden terdiri daripada 120 orang guru dari 14 buah sekolah di daerah hulu Langat. Analisis kajian mendapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru pendidikan Islam mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer adalah pada aras yang rendah dan perlu kepada cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Abdul Manan (1999) kajian terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan Islam di sekolah menengah menyatakan hanya separuh dari sekolah yang dikaji mempunyai kemudahan peralatan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, ia mempengaruhi dapatan kajian terhadap penggunaan komputer di kalangan guru. Hasil dapatan kajian mendapati, guru-guru kurang berminat menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutama guru-guru perempuan. Selain itu, pengetahuan guru terhadap computer juga turut berkurang.
Zainudin dalam Tesis sarjana Universiti Utara Malaysia (1997). menyatakan kebanyakan guru mempunyai kepakaran yang rendah dalam kebanyakan perisian computer. Sebagai kesimpulan dari hasil kajian yang dilakukan oleh peyelidik di atas, maka penulis dapat menyimpulkan secara tegasnya bahawa didapati penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam masih pada tahap yang rendah disebabkan:
  1. Kurang pakar dalam bidang ICT
  2. Kurangnya ketersediaan Alat Bantu Mengajar (ABP) samada disediakan sendiri atau pihak pentabdir sekolah.
  3. Kurangnya perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, pelatihan, persediaan alat, dan lainnya.
5.0 Tinjauan Kajian-Kajian Luar Negara Tentang ICT Dalam P&P
Menurut Hawkridge (1990), menjelaskan sebilangan besar pelajar, guru dan pentadbir sekolah di negara-negara maju telah menggunakan komputer. Para pelajar menyertai kelab komputer sekolah dan menggunakan komputer untuk:
  1. Mempelajari asas komputer dan kegunaannya
  2. Mempelajari bahasa pengatur caraan computer
  3. Mempelajari perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja, grafik dan pemprosesan data.
  4. Mempelajari topik-topik tertentu dalam sesuatu mata pelajaran dengan bantuan komputer
Sebagai contoh Korea Selatan Negara yang maju dalam bidang ICT, pendidikan literasi komputer dinegara itu bermula pada akhir tahun 1980-an. Sekitar tahun 1989, kementerian pendidikan mereka mencadangkan penambahan mata pelajaran komputer dalam kurikulum, sementara tajuk-tajuk komputer dimasukkan dalam mata pelajaran lain. (Pouts 1996). Manakala di Perancis, perlaksanaan komputer dalam pendidikan di negara tersebut dapat dinyatakan seperti ungkapan berikut (Pouts 1996) “Pengkomputeran tidak boleh dijadikan sebagai satu mata pelajaran tetapi hendaklah dijadikan alat untuk membantu pengajaran”.
Kajian yang dilakukan di Indonesia khususnya di Bandar padang Negeri Sumatera Barat telah dijalankan oleh Asa Beta (2008), dengan tajuk “Penggunaan Media Pembelajaran Berbantukan Komputer Dalam Pembelajaran Fisika Di Kelas 1 SMK Negeri 1 Pariaman”. Kajian yang dijalankan dengan kaedah eksperimental dengan menggunakan desain treatment by blocks yang diselenggarakan pada semester satu tahun pelajaran 2007/2008. Data dikumpulkan melalui tes kemampuan awal dan hasil belajar yang dianalisis menggunakan ujian-t dan annova. Hasil kajian menunjukan bahawa hasil belajar siswa yang diajar dengan menggunakan media pembelajaran berbantukan komputer (CAI) lebih tinggi daripada hasil belajar siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI, Hasil belajar siswa kemampuan awal tinggi sama sahaja dengan siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI dan hasil belajar siswa kemampuan awal rendah lebih tinggi daripada siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI. Dengan demikian hasil kajian ini menunjukan bahawa terdapat interaksi antara penggunaan media dengan kemampuan awal terhadap hasil belajar mata pelajaran fisika.
Sebagai rumusan Setelah membandingkan kajian-kajian dalam dan luar negara sebagaimana diterangkan di atas. Maka tegasnya, didapati perbezaan yang masih jauh mengenai perkembangan penggunaan ICT dalam P&P antara negara- negara maju dan berkembang samaada Malaysia atau Indonesia, oleh itu masih terdapat kelompangan-kelompangan yang perlu dipertingkatkan lagi dalam mengaplikasikan ICT dalam P&P.
6.0 Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan
Proses belajar mengajar (PBM) seringkali dihadapkan pada materi yang abstrak dan di luar pengalaman siswa seharihari, sehingga materi ini menjadi sulit diajarkan guru dan sulit dipahami siswa. Visualisasi adalah salah satu cara yang dapat dilakukan untuk mengkonkritkan sesuatu yang abstrak. Gambar dua dimensi atau model tiga dimensi adalah visualisasi yang sering dilakukan dalam PBM (Siswo Saroso 2008)
Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan
Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.
Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya 10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:
  1. 20% daripada apa yang mereka baca.
  2. 30% daripada apa yang mereka dengar.
  3. 40% daripada apa yang mereka lihat.
  4. 50% daripada apa yang mereka sebut.
  5. 60% daripada apa yang mereka buat.
  6. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).
Sebagi rumusan kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagi keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi guru dlm menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah. Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru untuk memastikan keselarian antara mata pelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masa berlansungnya Pembelajaran.
7.0 Pembelajaran Berbasis ICT Dengan Multimedia
Secara etimologis multimedia berasal dari kata multi (Bahasa Latin, nouns) yang berarti banyak, bermacam-macam, dan medium (Bahasa Latin) yang berarti sesuatu yang dipakai untuk menyampaikan atau membawa sesuatu. Beberapa definisi multimedia menurut beberapa ahli Wahono (2007) diantaranya:
  1. Kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output. Media ini dapat berupa audio (suara, musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar. (Turban et al. 2002)
  2. Alat yang dapat menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan video (Robin dan Linda 2001)
  3. pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio, video, dengan menggunakan tool yang memungkinkan pemakai berinteraksi, berkreasi, dan berkomunikasi. (Hofstetter 2001)
  4. Multimedia sebagai perpaduan antara teks teks, grafik, sound, animasi, dan video untuk menyampaikan pesan kepada publik (Wahono 2007)
  5. Multimedia merupakan kombinasi dari data text, audio, gambar, animasi, video, dan interaksi (Zeembry 2008)
Tegasnya multimedia dapat disimpulkan sebagai perpaduan dari pelbagai media berupa teks, gambar, suara, video, animasi, interaksi, yang digunakan untuk menyampaikan informasi kepada orang lain yang dikemas dalam bentuk komputerisasi. Selain sebagai media pembelajaran, multimedia juga dapat diintegrasikan untuk pembuatan game, film animasi, untuk periklanan, company profile, arsitektur, simulasi, dan lain-lain.
Berdasarkan kepada definisi yang telah dibincangkan terdapat enam media utama dalam suatu sistem multimedia yang lengkap iaitu teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktif. Media-media ini digabungkan untuk mewujudkan suatu persembahan inovasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin & Zaidatun 2000). Rajah 7.1 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia.
Grafik
Teks Animasi
MULTIMEDIA
Audio Interaktif
Video
Rajah 7.1 Unsur-unsur multimedia
1. Teks
Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000).
Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh dipindahkan ke mana‐mana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet.
2. Grafik
Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Disamping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.
3. Audio
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio. Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar dalam sesebuah mata pelajaran.
4. Video
Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.
5. Animasi
Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.
6. Interaktif
Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri.
Dengan menyepadukan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia di atas melalui komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya pendidikan Islam, maka akan dapat meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kerana penggunaan multimedia dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya P&P Pendidikan Islam, dapat menciptakan proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan timbal balik antara guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar. Proses pembelajaran interaktif yang dijalankan hendaknya dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya inspirasi pada pelajar untuk memunculkan ide baru, mengembangkan inisiatif dan kreativiti. Guru perlu berusaha menciptakan proses pembelajaran yang menyeronokan, menjadikan pelajar merasa nyaman, selesa dan asyik untuk mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran.
Hal ini selari dengan pandangan Zoraini Wati (1992), yang menyatakan bahawa pengajaran pendidikan Islam bukan sahaja melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan semata-mata tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari. Justeru itu, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, guru-guru pendidikan Islam seharusnya memanfaatkan penggunaan alat teknologi seperti komputer bagi merangsang minda pelajar untuk belajar (Hasbullah & Yusni, 2003) malah ia sesuai dengan keperluan futuristik yang memerlukan penguasaan dalam teknologi maklumat (Mohd Jasmy & Mohd Yusro, 2003).
8.0 Strategi Pengintegrasian ICT Dalam P&P
Unit Komputer dalam Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat daripada dua aspek iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dilakukan dalam bebagai kaedah pembelajaran:
8.1 Pembelajaran Tutorial
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.
Menurut Ab.Halim & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010) terdapat 158 laman Web yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru, namun tidak semua laman Web tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran yang sesuai dengan semua peringkat sekolah menengah dan peringkat tertiari. Diantara pelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:
1) E–mail (Mel Eletronik)
2) Internet Relay Chat (IRC)
3) Telnet
4) Kumpulan Diskusi dan Berita
5) File Transfer Protocal (FTP)
6) Googel
7) E-group
8) E-book
9) E-journal
10) Facebook
11) E-learning
12) Eksiklopedia bebas
8.2 Pembelajaran Penerokaan (exploratory)
Penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
1) Mencari dan mengakses maklumat dari CD ROM, internet, portal maklumat dll
2) Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
3) Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal oleh murid
Pendekatan ini menyokong pendekatan konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh, di dalam kelas geografi, boleh merujuk kepada World Facts Books di laman web Central Intellegince Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.
8.3 ICT Sebagai Alat Aplikasi
ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Ini termasuklah perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD) yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
8.4 ICT Sebagai Alat Komunikasi
ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Salah satu daripada model pengajaran terkini yang mengambil peluang daripada ICT sebagai alat pemudah komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.
Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang dapat diaplikasikan seorang guru dalam menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan alat ICT dalam bilik darjah agar P&P berlansung lebih menarik dan menyeronokkan, manakala melalui laman Web pula bagi pendidikan Islam khasnya juga sudah ditentukan 158 laman web yang secara resmi mempunyai akses lansung untuk menambah bahan mengajar dan kemudahan lainnya.
9.0 Rumusan
  1. Integrasi ICT dalam P&P dapat memperkenalkan, mengukuh dan menambah kemahiran kepada guru Pendidikan Islam selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
  2. Integrasi ICT dalam P&P di kalangan Guru Pendidikan Islam juga akan memberi kesan baik dan positif kepada imej Guru Pendidikan Islam yang selama ini dianggap jumud dan ketinggalan zaman.
  3. Integrasi ICT dalam P&P dapat meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah yang baru dalam proses P&P bilik darjah serta dapat membantu mengatasi kelemahan-kelemahan pelajar yang lebih berminat dengan berbagai stail gaya belajar masing-masing mereka.
  4. Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Islam juga dapat mengubah tanggapan pelajar yang selama ini menganggap subjek Pendidikan Islam suatu subjek yang membosankan (Norhatimah dan Ab. Halim Tamuri 2010).
Namun begitu harus diingat, walaupun ICT memberi pelbagai manfaat dalam P&P Pendidikan Islam tetapi ICT hanyalah merupakan satu faktor tambahan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika kita terlalu bergantung pada ICT, guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya.
10.0 Cadangan
Dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam P&P Pendidikan Islam, semua pihak hendaklah bekerja sama bagi memastikan hasrat ini tercapai, di antara pihak tersebut ialah:
10.1 Peranan pihak Kementerian Pelajaran
  1. Mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada guru.
  2. Mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru Pendidikan Islam.
  3. Memberi insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik.
  4. Mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P Pend Islam.
10.2 Pihak Pentadbir Sekolah.
10.2.1Peran Guru Besar
  1. Membentuk budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
  2. Membuat dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy 2002).
  3. Memberi peluang kepada guru agar dapat mengikuti pelatihan-pelatihan perisian komputer samada yang dibuat oleh kerajaan ataupun NGO.
10.2.2 Ketua Bidang atau ketua Kursus Pendidikan Islam
  1. Meningkatlan pelbagai kemahiran Guru Pendidikan Islam dengan penggunaan teknologi ICT dalam P&P.
  2. Membuat kerjasama diantara guru-guru dalam mempersiapkan bahan-bahan mengajar dengan menggunakan perisian dengan kemudahan prasarana ICT di sekolah. Hal ini jarang terwujud selama ini dikalangan guru-guru pendidikan Islam.
10.2.3 Penyelaras ICT sekolah
  1. Membuat pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti sekolah.
  2. Menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak agar alat dan sarana ICT disekolah dapat mendukung kerjaya guru ataupun kemudahan pelajar dalam kegiatan sekolah.
10.2.4 Peranan pihak NGO dan swasta
  1. Mengadakan teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah dengan memberi sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
  2. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P
10.2.5 Peranan Guru Pendidikan Islam
10.2.5.1 Sikap sebagai pendidik
  1. Guru Pendidikan Islam hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam P&P.
  2. Berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan akan membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru.
  3. Bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan.
  4. Seorang bukan hanya seorang pengajar tetapi juga mesti selalu belajar mengajar.